Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan seorang pegawainya bersekongkol, melepaskan suspek Macau Scam di Pulau Pinang.<br />Selepas siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman, mendapati wujud kesalahan dalam kes berkenaan.<br />Beliau tidak cenderung kepada tindakan tatatertib kerana hukumannya tidak setimpal dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SSP) untuk mengambil tindakan tegas, seperti buang kerja dan turun pangkat.
